Friday, February 5, 2010

Doa Orang Teraniaya

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Takutlah kamu akan doa orang yang teraniaya sekalipun dia kafir, kerana sesungguhnya doa orang yang teraniaya tidak dihalangi."

Riwayat Ahmad, Abu Ya'laa dan Dliya dari Anas

Jauhilah Neraka

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Jauhilah neraka walaupun hanya dengan sebab sebelah kurma"

Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasa'i dari Adi bin Hatim

Sifat Aniaya dan Kikir

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Jauhilah sifat aniaya, kerana sesungguhnya aniaya itu kegelapan pada hari kiamat. Dan jauhilah sifat kikir, kerana kikir itu telah menghancurkan orang-orang yang sebelum kamu dan menyebabkan mereka menumpahkan darah sesama mereka dan menghalalkan keharaman-keharaman mereka."

Riwayat Ahmad, Bukhari dalam Al-Adab dan Muslim dari Jabir

Bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Bertaqwalah kamu kepada Allah Subhanahu Wata'ala, lakukanlah solat lima waktumu, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dengan senang hatimu, taatilah orang yang memegang urusanmu, engkau akan masuk syurga Tuhanmu"

Riwayat Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim dari Abu Umamah

Hikmah tidak mempersekutukan Allah Subhanahu Wata'ala

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

Jibril telah datang kepada aku lalu berkata,"Sampaikanlah khabar gembira kepada umatmu, bahawa sesungguhnya sesiapa mati dengan tidak mempersekutukan Allah Subahanahu Wata'ala, maka dia masuk syurga." Aku bertanya, "Ya Jibril, sekalipun dia telah mencuri dan berzina?" Jibril menjawab, "Ya". Aku bertanya lagi, "Sekalipun dia telah mencuri dan berzina?. Jibril menjawab, "Ya". Aku bertanya lagi sekali, "Sekalipun dia telah mencuri dan telah berzina?" Jibril menjawab, "Ya, dan sekalipun ia telah minum arak"

Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Hibban dari Abu Dzar

Thursday, February 4, 2010

Kelebihan membina dan membersihkan Masjid

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Binalah masjid-masjid, dan keluarkanlah sampah-sampah daripadanya kerana sesiapa membina sebuah rumah ibadah bagi Allah Subhanahu Wata'ala, maka Allah Subhanahu Wata'ala membina baginya sebuah rumah di syurga, dan mengeluarkan sampah daripadanya adalah mas kahwinnya bidadari."

Riwayat Thabrani dalam Al-Kabir dan Dliya dalam Al-Mukhtarah dari Abu Qarshafah

Talak dimurkai Allah

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Halal yang paling dimurkai oleh Allah Subhanahu Wata'ala adalah talak."

Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim dari Ibnu Umar

Tidak diterima taubat pembunuh mukmin

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Allah Subhanahu Wata'ala menolak membuat taubat bagi pembunuh orang mukmin."

Riwayat Thabrani dalam Al-Kabir dan Dhiya dalam Al-Mukhtarah dari Anas

Khasiat Zaitun

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Berlauklah kamu dengan minyak zaitun, dan berminyaklah dengannya, kerana sesungguhnya ia keluar dari kayu yang diberkati."

Riwayat Ibnu Majah, Hakim dan Baihaqi dari Ibnu Umar

Solat bagi Perempuan

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Izinkanlah orang-orang perempuan solat pada malam hari di masjid."

Riwayat Khathib dari Abu Hurairah

Undangan

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Datangilah undangan apabila kamu diundang."

Riwayat Muslim dari Ibnu Umar

3 Tanda Orang Munafik

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Tanda orang munafik ada tiga; Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia menyalahi janji dan apabila dipercayai ia berkhianat."

Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Nasa'i dari Anas

Hasbiyallaahu wa Ni'mal wakiil

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim waktu dicampakkan ke dalam api adalah: Hasbiyallaahu wa Ni'mal wakiil (ertinya: Allah mencukupi aku dan sebaik-baik yang diserahi)"

Riwayat Khathib dari Abu Hurairah